Lima keluarga suspek serangan balai polis didakwa sokong, tanam ideologi IS

Lima ahli keluarga suspek kes serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis pada 17 Mei lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen, di Johor Bahru, hari ini.

Menurut kertas pertuduhan yang dilihat Malaysiakini, mereka didakwa atas sembilan pertuduhan berasingan, termasuk menggalak dan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (IS).

Tertuduh adalah bapa lelaki berkenaan, Radin Imran Radin Mohd Yassin (62 tahun), isterinya Rosna Jantan (59) yang juga adalah warga Singapura.

Turut didakwa, tiga adik beradik suspek lelaki yang ditembak mati pada 17 Mei lalu, iaitu Radin Romyullah (34), Farhah Sobrina (23), dan Mariah (19).

Pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

© Mkini Dotcom Sdn Bhd